Hampir satu tahun setengah aku tak tulis dalam blog aku ni, tapi hari ni aku nak kongsi dengan lu olang semua. Cerita ni berkaitan dengan perkara yang memalukan bertukar jadi lucu hehhehehehheheh x tahu ah nak tulis apa mukadimah ni terus jelah ke point dia hahhahah
Peristiwa ni berlaku semasa aku berada di form 3, aku dengan kawan aku ni meronda kawasan sekolah untuk ke bengkel ( masa subjek KH), tiba-tiba je ada awek tu cam senyum-senyum malu je kat aku, dah lah cantik lak tu, aku dengan bangganya control macho katakan, tapi bila makin lama makin dekat nge budak tu, aku pun nampak muka dia merah, entah pape ah budak ni aku fikirkan pada mulanya. Member aku ni yang boleh dikatakan playboy jugaklah tiba-tiba je berhenti kat budak pompuan tu, dia pun tanya lah ‘kenapa nge awok mu ni’? ( bahasa ganu yang maksudnya kenapa dengan kamu semua) tiba-tiba je perempuan yang cantik tu cakap abang…. Ehm… ehm… (budak ni cakap cam takut je…) pastu member aku ni pun sergah ah.. terus je pompuan yang cantik ni cakap laju abang seluar kawan abang tu tak zip…….. yang malunye dia cakap sambil tunjuk dekat tu…. Aku apa lagi dengan spontan tarik zip seluar dan terus bla dari tempat tu, kawan aku pun terus je jaje cerita kat kelas “ dia kata ada model seksi kat sekolah ni, tapi nasib baiklah dia tak bagi tahu nama aku hahaaaaaahhaha aku cam biasa je buat macan x bersalah je hahhahahahahha peristiwa ni mula2 malu tapi lama kelamaan jadi lucu bila difikirkan semula.
Peristiwa ni pulak berlaku semasa aku belajar kat U. aku nge kawan2 aku merancang nak g berkelah kat satu tempat (entah ah apa nama tempat tu, air terjun ah yg pasti), macan biasalah kawan aku yang drive, coz masa tu aku x ada lessen memandu lagi. Tepat jam 7.00 pagi kita orang janji tunggu kat parking kereta kediaman bunga raya di UNIMAS sebelum bertolak kat air terjun tu, dalam banyak2 akulah yang paling bersemangat masa tu coz tepat je jam 7 pagi aku pun turun tapi yang paling benci semua member aku x turun2 lagi, aku pun dengan tension nye call ah diorang ( budak pompuan), boleh dia cakap dia baru nak mandi, aku pun buat2 lah mengajuk n terus je masuk bilik aku. Ingatkan nak pujuk tapi dia orang buat muka cam x bersalah je, biasalah budak ni memang dah jadi habit x tepati masa hehehhehehe. Lebih kurang jam 9.00 pagi member aku pun call n suruh aku turun dan pergi kat kereta proton wira colour hitam,.tiba2 je aku ada idea yang gila nak takutkan diaorang, aku cadang nak lakon cam nak rompak diaorg lah, apa lagi aku pun bawalah pisau ( memang masa tu aku ditugaskan untuk bawa pisau) dan sarungkan kat muka aku dengan sarung buah limau oren kecil tu kat kepala aku, tujuan aku buat cam tu, nak takutkan diaorang hahahaha. Sampai je tempat parking kereta aku nampak kereta proton wira colour hitam n terus menuju kat kereta tu sambil hulur pisau, penumpang2 dalam kereta semua ketakutan, aku suruh dia buka pintu dan serahkan duit heheheeh aku hanya berlakon nak takut kan member aku je ni……. Tapi jangkaan aku meleset rupa-rupanya aku tersalah kereta, penumpang yang aku takutkan tu bukan member aku tapi amoi( awek cina). Dengan terkejutnya aku pun keluar dari kereta n cakap sory… sory… ingatkan member tadi, amoi2 dalam kereta tu muka pucat je hahahahahahhahahhaha rupa-rupanya kereta proton wira member aku tu belum sampai lagi kat parking tu… masa tu x tahu lah nak cakap apa malu n takut pun ada aahahhahahahahhaahah hahaaha. Kawan aku ni pun satu kalu x sampai lagi jgnlah suruh aku turun x ke malu dibuatnya jhhahahhah
Aku rsa setakat ni jelah aku tulis untuk hari ni, coz dah rasa cam mengatuk je ni. Lain kali ah sambung lagi. Kalu korang ade komen, cerita or peristiwa nak dikongsi komen lah kat ruangan ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan